1.
Bincangkan
hukum adat yang diamalkan di India dan Thailand sebelum perluasan kuasa Barat.
Pengenalan (3/2 m)
Adat
bermaksud peraturan yang diamalkan secara turun-temurun dalam sesuatu
masyarakat sehingga dianggap hukum yang harus dipatuhi. Hukum adat diwujudkan
untuk mengekalkan keharmonian dan menjamin keamanan semua ahli dalam sesebuah
wilayah atau negara. Hukum adat meliputi segala aspek seperti perlakuan,
upacara, tatacara kehidupan dan larangan-larangan tertentu. Terdapat pelbagai
adat yang diamalkan oleh masyarakat di India dan di Thailand sebelum perluasan
pengaruh Barat.
Isi (20 m)
A. Adat yang diamalkan oleh masyarakat
India ( 10markah )
Ø
Pelaksanaan Hukum Adat di India adalah berkaitan dengan pengaruh agama
Hindu yang begitu kuat dan menjadi pegangan utama masyarakatnya. Menurut sistem
kasta di India, masyarakat dibahagikan mengikut golongan tertentu bertujuan
untuk menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. Terdapat empat jenis
kasta yang utama iaitu Brahmin (sami), Kysatria (perwira, aristokrat), Vaisya
pedagang) dan Sudra (rakyat biasa). Golongan Brahmin dianggap sebagai golongan
paling mulia manakala golongan Sudra adalah golongan yang dipandang rendah oleh
masyarakat.
Ø
Amalan Suttee merupakan
pengorbanan diri oleh wanita-wanita atau balu yang kematian suami.
Menurut amalan ini balu-balu Hindu dikehendaki membakar diri sendiri
bersama-sama mayat suami semasa upacara pengkebumian dijalankan. Tindakan ini
dilakukan sebagai bukti kesetiaan seorang isteri terhadap suami sehingga
sanggup sehidup semati.
Ø Amalan
Thuggee pula merupakan satu aktiviti rompakan dan pembunuhan jalanan yang
menjadi amalan tradisi kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata. Mereka
bertindak ganas dengan mencekik mati pengembara atas nama Dewi Kali.
Ø
Amalan membunuh bayi perempuan juga merupakan amalan tradisi masyarakat
India. Perbuatan ini dilakukan untuk mengelakkan ibu-bapa menanggung
penderitaan seperti pemberian dowri iaitu mahar atau mas kahwin yang akan
dibayar oleh pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki.
Ø
Amalan melarang balu-balu yang kematian suami berkahwin dengan lelaki
lain sebagai tanda kesetiaan kepada suaminya. Lazimnya mereka dikehendaki
memakai sari yang berwarna putih supaya dapat dikenali sebagai wanita yang
telah kematian suami atau balu.
Ø
Adat masyarakat India juga dikaitkan dengan dengan unsur-unsur ketuhanan
yang mana lembu sangat dimuliakan. Sebagai haiwan suci, wujud larangan terhadap
masyarakat India daripada makan daging lembu.
Ø
Penganut agama Hindu juga
menganggap Sungai Ganges sebagai sungai yang suci. Justeru, menjadi amalan
masyarakat Hindu di India membersihkan diri di Sungai Ganges bagi menghapuskan
dosa yang pernah dilakukan oleh mereka.
B. Adat yang diamalkan oleh masyarakat
Thailand ( 10 markah )
Ø Unsur ketuhanan yang dimiliki oleh pemerintah mendorong terbentuknya adat
yang melarang rakyat jelata menatap muka raja. Hal ini menjadi tanda bahawa
Raja Thailand mempunyai kedudukan yang paling mulia dan dianggap suci.
Seseorang yang memandang wajah raja akan dijatuhkan hukuman dengan membutakan
matanya.
Ø Amalan menyembah raja secara bersujud sebagai tanda penghormatan dan taat
setia sepenuhnya kepada raja yang
memerintah. Amalan ini juga akan dilakukan oleh orang asing yang mengadap Raja
Siam.
Ø Terdapat amalan menjual isteri dan anak untuk dijadikan hamba dalam adat
masyarakat di Thailand. Menurut adat ini suami atau bapa mempunyai hak mutlak
ke atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai simbol kekayaan miliknya.
Ø Mengikut adat, isteri-isteri Raja Thailand tidak dibenarkan keluar atau
meninggalkan istana dan mereka juga tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki
lain meskipun tidak lagi menjadi isteri raja.
Ø Di Thailand juga Raja tidak dibenarkan keluar di khalayak ramai kecuali
jika ada perarakan di raja untuk menjaga kemuliaan baginda sebagai pemerintah
yang dihormati dan dimuliakan oleh rakyat.
Ø Terdapat juga adat yang mana golongan Khunnang tidak dibenarkan memakai baju
semasa mengadap raja.
Kesimpulan (2/3
markah)
Kesimpulannya, masyarakat India dan Thailand telah
mengamalkan hukum adat yang menjadi sebahagian daripada kepelbagaian diri
masyarakatnya. Namun setelah kedatangan kuasa-kuasa Barat,beberapa amalan dan adat
yang sekian lama menjadi amalan masyarakat di India dan di Thailand telah
berubah. Terdapat adat yang disesuaikan dengan unsur-unsur moden yang
diperkenalkan oleh Barat khususnya di Thailand semasa pemerintahan Raja Mongkut
dan Raja Chulalongkorn. Sebaliknya, di India penghapusan adat yang menjadi
amalan masyarakat telah mencetuskan penentangan terhadap Inggeris yang dikenali
sebagai Dahagi India pada tahun 1857.
cikgu..yang ini puan hayati dah bagi tajuk yang sama..buat satu je cukup la kot ye.
ReplyDeleteok.....
ReplyDelete